Saturday, November 18, 2017

Resepi Ayam Goreng KFC

resepi ayam goreng ala KFC memang menjadi favourite saya sekeluarga sebab penyedianya sangatlah mudah dan cepat. masakan ini berasal dari restoren makanan segera yang dipanggil KFC (Kentucky Fried Chicken).

ayam goreng KFC juga boleh bonda buat sendiri di rumah dan bila bonda tahu cara membuatnya dengan betul pasti rasanya tidak kalah sedap dengan KFC yang dijual di restoren.
Resepi Ayam Goreng KFC 

Resepi Ayam KFC Rangup


ramai orang suka dengan daging ayam yang digoreng dengan disadur adunan tepung dan sejak saya expert buat ayam ala KFC ini, kami sekeluarga tak pergi ke KFC dah. pasti bonda ingin tahu kan? jom kita lawan resepi dibawah.



Bahan Perap Ayam
1 ekor ayam - dipotong mengikut selera
8 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu teh garam
2 sudu serbuk kari ayam
3 - 5 sudu besar serbuk cili
secubit perasa yang dibenarkan
secubit bikarbonat of soda
sedikit air
Bahan Salut Tepung Ayam
3 cawan tepung jagung
1 sudu serbuk cili
1 biji telur - pukul telur secara berasingan
1/2 cawan tepung gandum
secubit bikarbonat of soda
garam secukup rasa
Cara Penyediaan
Resepi Ayam Goreng KFC 

#1: perap ayam dengan bahan perap tadi selama  lebih kurang 1 jam. kemudian semua bahan salut tepung ayam di gaul rata hingga ramuan tepung sebati. selepas tu pukul telur dan golekan ayam dengan telur.

#2: selepas ayam di golekan dengan telur letak ayam ke dalam bahan salut tepung ayam tadi dan diletakan ke dalam bekas yang ada penutup serta digoncangkan hingga sebati.

#3: kemudian panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam yang dah di salut tadi hingga tenggelam dan bila warna ayam sudah keemasan. angkat dan hidangkan.

resepi ayam goreng KFC juga boleh dibuat mengikut bahan campuran selera sendiri dan sampai jumpa di artikel seterusnya.

No comments:

Post a Comment