Thursday, November 23, 2017

Cara Tukar Nama Geran Kereta Dengan Mudah

Harini saya nak kongsi 1 cara mudah macam mana nak tukar nama geran kereta. biasanya nak tukar nama pindah milik ni bila kita beli kereta secondhand secara cash daripada penjual.

senang je sebenarnya sebab selama ni saya ingat susah sebab mentaliti orang kita selalu fikir susah susah susah. nampak tak? bila orang kita duk focus kata susah susah, benda senang pun akan rasa susah.


STEP 1 : owner/pembeli kena pergi ke puspakom yang terdekat dulu untuk buat inspection. kalau boleh, call dulu centre yang kita nak pergi tu. macam saya, saya call puspakom kuantan dan bagitau dia yang saya nak buat appointment untuk inspection kereta sebab nak tukar nama kat geran kereta tu. ingat! kena bawak geran kereta yang asal tau. yang pergi tu tak kisahlah owner/pembeli. tak kisah sesape pun.

nanti die akan bagi kita booking number. setel tu je. lepas tu just pergi ke puspakom, bayar rm31.80 sen untuk cas inspection tu. tunggu 1 jam. result akan keluar pada hari yang sama. tunggu situ je. scroll-scroll faceboook 1 jam tak terasa lama pun hihi. kalau lulus alhamdulillah. kalau tak, anda kena bayar rm31.80 sekali lagi dan kena buat sekali lagi. result lulus macam kat gambar bawah ni.



STEP 2 : bila result puspakom kata lulus, cepat cepat bagitau owner untuk die pergi ke JPJ terdekat dengan rumah die untuk cop biometric (ibu jari). owner tak perlu bawak apa-apa pun, cuma I/C orginal die je & maklumat details pembeli iaitu nama, alamat rumah, ic dan no hp je sebab owner kena isi borang pindah hak milik masa kat JPJ nanti. pembeli tak pergi pun takpa tapi asalkan result puspakom cakap dah lulus. 

selepas owner dah setel buat step 2 ni, owner kena cepat cepat inform pembeli untuk pembeli buat cop ibu jari jugak. bila pembeli dah tahu yang owner dah buat cop jari dan dah setel urusan die kat JPJ tu, saya nasihatkan pembeli pergi beli insuran kereta dulu sebelum pergi ke JPJ. cakap kat syarikat insuran tu, saya nak buatinsuran baru kat kereta tu atas nama saya (pembeli) dan tarikh insuran berkuat kuasa tu adalah pada hari kita buat insuran tu. masa ni, kena bawak geran asal tau.

owner kena bagitau pembeli cepat-cepat sebelum 7 hari selepas owner buat cop jari dan pembeli kena pergi JPJ cepat cepat dalam masa 7 hari selepas owner cop jari die. kalau lebih 7 hari, owner kena buat balik cop jari tu sebab dalam system ianya dah terbatal sebab gap masa macam lama sangat. bahkan kalau owner selesai buat cop jari kat JPJ KL pukul 9 pagi, pembeli yang berada di kelantan terus boleh pergi ke JPJ terdekat pada pukul 9.05 minit pagi pada hari yang sama jugak sebab rekod dah valid dalam system. senang kan?

STEP 3 : bila owner dah setel buat part die, pembeli pulak kena pergi ke JPJ berdekatan dengan rumah pembeli untuk cop biometric (ibu jari). pembeli pun kena isi borang pindak milik jugak. pembeli kena isi detail penjual seperti nama, alamat, ic die dan no hp. selepas setel part pembeli ni, automatic roadtax + insuran (owner lama) terbatal! sebab tu saya nasihatkan buat insuran dulu sebelum pergi ke JPJ sebab nanti terus boleh buat roadtax baru.

bila dah terbatal roadtax owner lama, insurans baru yang kita beli tu akan kembali jadi 0% NCD tau. mahal lah sikit insurans nya. pastu cakap kat kakak kat kaunter JPJ tu, kata yang anda nak buat roadtax baru. anda bagi lah kertas insurans baru yang anda dah buat tu kat die supaya die boleh buat roadtax baru sebab kat malaysia ni, kalau nak hidupkan roadtax, kita kena wajib beli insuran kereta.

kalau kat oversea masa saya duk dulu, kalau nak ada I/C wajib kena beli insuran hayat hehe. nampak tak yang kat malaysia ni kereta lebih di utamakan? hihihi gurau je :p

inspection puspakom = rm31.80
kos tukar nama = rm100
roadtax = rm20-rm400 (bergantung pada kereta)
insurans = rm700-rm2000 (bergantung pada kereta)

boleh kata, kena sediakan dalam rm1k hingga 2k jugak lah. jelas tak? senang kan? owner dan pembeli tak wajib pun pergi JPJ sama-sama tapi wajib berkomunikasi lah antara satu sama lain. bila part owner dah setel, part pembeli pulak kena buat. ianya kena ikut turutan tau. buat step 1 dulu, lepas tu step 2 then akhir sekali step 3. senang kan? 3 step je cara nak tukar nama kereta.

No comments:

Post a Comment