Thursday, November 30, 2017

Ku Nan Mohon Maaf Kata Pelajar UiTM ‘slow learner’

MENTERI Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor memohon maaf atas kenyataan "slow learner" dibuatnya terhadap pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai termasuk alumni universiti berkenaan.

Beliau yang juga setiausaha agung Umno sekali lagi mendakwa kenyataannya itu sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu untuk mengambil kesempatan melaga-lagakannya dengan UiTM.

"Saya nak minta maaflah kalau saya mengguris hati siapa-siapa yang rasa terguris  dalam apa yang saya telah sebutkan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) Mohd Zaini Hassan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pertemuan yang turut disertai beberapa ahli alumni UiTM itu bertujuan menjelaskan keadaan sebenar.

Berikutan itu, PAUiTM hari ini menerima permohonan maaf Tengku Adnan berikutan kenyataan beliau itu.

Menurut Zaini, selepas mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Umno itu bagi mendengar penjelasan beliau, Zaini berkata, beliau bersetuju dengan Tengku Adnan bahawa kenyataan itu telah disalah erti. 

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata tujuannya membuat kenyataan sedemikian ketika ucapan motivasi ialah untuk mengingatkan pelajar mengenai sumbangan Umno sebagai kerajaan yang mentadbir negara selama 60 tahun.

"Itu niat saya bila saya bercakap (mengenai hal itu). Saya tidak tahu ada pula puak yang tertentu sengaja ambil kesempatan untuk melaga-lagakan saya dengan ITM/UiTM sendiri dan juga pelajar lain," katanya.

Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata beliau perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa akan datang kerana mengakui kadang-kala beliau bermulut celopar dan akhirnya ia disalahtafsirkan.


"Saya nak maklumkan, saya sendiri sebenarnya, keluarga saya, kita dapat manfaat daripada ITM. Dan ITM ini satu institusi yang dibangunkan oleh kerajaan kita untuk membantu Melayu.

"Jadi saya harap sudah-sudahlah tak payah kita nak bising-bising lagi kerana saya sedar dan saya tahu saya kadang-kadang mulut celopar kan? Jadi mulut celopar ni kena hati-hati lah.

"Niat saya hanya nak ingatkan kepada anak-anak saya supaya mereka disedarkan betapa pentingnya kita kena ada satu kerajaan yang stabil dan satu negara yang bersatu padu. Itu niat saya," katanya.

Gadis Dari Sabah Muka Seiras Selena Gomez

Jika sebut saja nama Selena Gomez, pasti anda semua kenal kan? Siapa je tak kenal artis terkemuka Hollywood yang mempunyai wajah cantik dan ayu itu.
Bdf8Image via GIPHY
Selena Gomez juga merupakan individu yang paling ramai followers di Instagram dengan 116 juta pengikut! Buat masa sekarang, tak ada siapa boleh kalahkan.


Tapi cerita ini bukanlah tentang Selena tetapi tentang kembarnya yang berasal dari Sabah. Sekali pandang, memang boleh silap sebab sama betul!
0812Image via Instagram @phanthegerow

Gadis yang mempunyai wajah persis Selena Gomez ini dikenali dengan nama Phan atau nama sebenarnya Phanthegerow Estrop. Phan yang berusia 19 tahun ini berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah dan mempunyai darah kacukan Belanda dan Kadazan Dusun. Tak hairanlah mengapa wajahnya kelihatan seperti ala-ala perempuan Belanda.

Phan telah pun mendapat perhatian daripada orang ramai setelah gambar wajahnya yang seakan-akan Selena Gomez itu dimuat naik ke dalam laman sosial sejak tahun lalu lagi.

Amacam, sebijik tak?

Tuesday, November 28, 2017

Guru Didakwa Menghantar Mesej Palsu Di Whatsapp

Manusia Pertama Didakwa Hantar Mesej Palsu Di Whatsapp. Seorang guru bahagian teknologi maklumat (IT) menjadi orang pertama di Malaysia yang dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan membabitkan perkhidmatan aplikasi WhatsApp secara berkumpulan.


Rafeah Buang, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini atas pertuduhan secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi palsu menerusi WhatsApp dengan niat menyakitkan hati orang lain, 3 tahun lalu.

Manusia Pertama Didakwa Hantar Mesej Palsu Di Whatsapp.Mengikut pertuduhan, Rafeah yang berkhidmat di sebuah jabatan kerajaan di Semporna, didakwa memulakan penghantaran komunikasi palsu sifatnya ke kumpulan WhatsApp ‘KARPET KEMAS 189-SEMPORNA’ dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada 11 Disember 2014 kira-kira pukul 1.00 tengah hari di Hospital Semporna.

Dalam kumpulan WhatsApp itu, dia didakwa menghantar status berbentuk makluman agar berhati-hati dengan sebuah kereta Proton Hitam dengan nombor pendaftaran SAA6086T dipercayai pemandu kenderaan itu merupakan seorang perogol dan untuk tujuan keselamatan, sebar kepada keluarga dan rakan-rakan.

Manusia Pertama Didakwa Hantar Mesej Palsu Di Whatsapp

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali dan denda lanjutan RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mohd Sophian Zakaria.

Hakim Awang Krisnada kemudian membenarkan jaminan RM2,500 berserta seorang penjamin yang memiliki alamat tetap di Semporna.

Manusia Pertama Didakwa Hantar Mesej Palsu Di Whatsapp

Hakim turut menetapkan sebutan semula kes pada 31 Januari 2018 untuk pengurusan kes dan lantikan peguam. 

2 Suspek Kes Bakar Tahfiz Telah Dibebaskan

2 Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan. Seorang remaja 16 tahun yang menghadapi pertuduhan membunuh 21 pelajar dan 2 guru dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah itu, hari ini dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret Kanak-kanak atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan.


Majistret Zilfinaz Abbas juga membebas dan melepaskan seorang kanak-kanak berumur 12 tahun atas pertuduhan dadah itu, selepas laporan Makmal Patologi Hospital Kuala Lumpur mendapati kedua-dua lelaki itu bebas pengaruh dadah.

2 Suspek Kes Bakar Tahfiz Dibebaskan. Peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin yang mewakili kanak-kanak itu dan Joanne Chua Tsu Fae yang bertindak bagi pihak remaja tersebut berkata, pihak pendakwaan juga menarik balik pertuduhan terhadap kedua-dua anak guam mereka.


Kereta Terbang Proton 2019

Kita mungkin semakin hampir untuk melihat kereta terbang di ruang udara Malaysia jika Proton berjaya menghasilkan kereta terbang ini pada tahun 2019. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Li Chunrong berkata Proton akan menghasilkan 3 model kereta canggih untuk pasaran Malaysia seawal 2019.


Menurut Free Malaysian Today, 3 model berkenaan adalah kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan satu model kereta terbang. Selain itu, Proton juga akan menaikkan kualiti 6 model yang sedia ada untuk meningkatkan daya saing Proton dengan jenama-jenama kereta lain yang ada di pasaran Malaysia.

24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini turut mengambil alih jenama Volvo dari Sweden.
Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) mengambil alih saham Proton sebanyak 49.9% pertengahan tahun ini dan syarikat gergasi China ini juga turut membeli jenama kereta terkenal dari Sweden, Volvo.


Sunday, November 26, 2017

Kemaskini BR1M 2018

Websites kemaskini BR1M 2018 Berwajah baru

Kemaskini BR1M untuk 2018 kini dah bermula, apa lagi, jom kemaskini :D...klik kemaskini dibawah



Cara-Cara Setting Modem Streamyx TM

Jika anda pengguna streamyx, kami pasti  anda dibekalkan modem dari TM dengan jaminan selama 1 tahun, tahukah anda komponen elektronik mempunyai jangka hayat begitu juga dengan modem streamyx anda.


Maka ianya akan rosak mungkin terkena kilat atau sudah sampai masanya, tanda modem anda rosak iaitu wifi anda tidak terhubung atau salah satu port lan pada modem anda tidak berfungsi atau modem anda terus tidak menyala kesemua LED.

Artikel kali ini kami di Monaliza Mastura akan memberitahu anda secara ringkas bagaimana melakukan setting atau tetapan pada modem yang anda baru beli, modem yang kami gunakan iaitu D-Link dan pastikan ianya modem router.


Saturday, November 25, 2017

Pembenci ISLAM Kalah Debat

Pembenci Islam kalah debat terus keluar dari dewan

Tetapi, bab boikot makanan dan produk, kalah bulat-bulat 

Friday, November 24, 2017

Samun Industri Kecil Sederhana (IKS) Rumbia,Lebuh Alor Gajah-Melaka

Dua gadis pekerja kedai serbaneka berdepan dengan detik cemas apabila disamun dua lelaki di Kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) Rumbia,Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 8.50 malam, mangsa seorang juruwang, Norfazilah Nasaruddin,19 dan pengurus cawangan kedai berkenaan, Nursyakila Yaakop, 25, didatangi dua lelaki yang tidak dikenali dan menutup muka menggunakan topeng mesin rumput.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, A. Asmadi berkata, suspek yang bersenjatakan sebilah pisau dan sebatang besi tajam kemudian melulu ke arah Norfazilah dan mengacukan pisau di perut mangsa dalam masa sama mengarahkan Nursyakila membuka mesin wang.
"Salah seorang mangsa kemudian menyerahkan wang tunai sebanyak RM970 sebelum kedua-dua mereka bergegas keluar dari premis itu.

Ribuan Monyet Dari Jeddah Berhijrah Ke Madinah



Ribuan monyet dari jeddah berhijrah ke madinah ..dipercayai akan berlaku bencana dan gempa bumi...

Allah menggoncangkan kota jeddah yg banyak kejadian haram berlaku dijeddah yg di banjiri ribuan tentera US dijeddah ..konon nak mengawal timur tengah dari ancaman pengganas,syiria dan iran.
subhanallah..jeddah banjir dan ribut taufan berlaku sekarang...

#Tak ada apa yang pelik, semua tu kuasa Allah, jangan dok pikir bukan2

Thursday, November 23, 2017

Cara Tukar Nama Geran Kereta Dengan Mudah

Harini saya nak kongsi 1 cara mudah macam mana nak tukar nama geran kereta. biasanya nak tukar nama pindah milik ni bila kita beli kereta secondhand secara cash daripada penjual.

senang je sebenarnya sebab selama ni saya ingat susah sebab mentaliti orang kita selalu fikir susah susah susah. nampak tak? bila orang kita duk focus kata susah susah, benda senang pun akan rasa susah.


STEP 1 : owner/pembeli kena pergi ke puspakom yang terdekat dulu untuk buat inspection. kalau boleh, call dulu centre yang kita nak pergi tu. macam saya, saya call puspakom kuantan dan bagitau dia yang saya nak buat appointment untuk inspection kereta sebab nak tukar nama kat geran kereta tu. ingat! kena bawak geran kereta yang asal tau. yang pergi tu tak kisahlah owner/pembeli. tak kisah sesape pun.

nanti die akan bagi kita booking number. setel tu je. lepas tu just pergi ke puspakom, bayar rm31.80 sen untuk cas inspection tu. tunggu 1 jam. result akan keluar pada hari yang sama. tunggu situ je. scroll-scroll faceboook 1 jam tak terasa lama pun hihi. kalau lulus alhamdulillah. kalau tak, anda kena bayar rm31.80 sekali lagi dan kena buat sekali lagi. result lulus macam kat gambar bawah ni.

Wednesday, November 22, 2017

Restoran Kepala Ikan RM600 Diserbu KPDNKK

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur yang tular dengan kisah harga kari kepala ikan yang didakwa ‘cekik darah’, diserbu pihak berkuasa, Rabu.
Semakan mendapati, semangkuk kari kepala ikan yang dijual di premis tersebut berharga dari RM50 ke RM150 mengikut saiz.


Penolong Pengarah Unit Anti Pencatutan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Fredlee Sintau berkata, pemeriksaan dibuat mengikut Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, satu notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 21 AKHAP 2011 kepada peniaga bagi mendapatkan maklumat berhubung butiran lanjut mengenai hidangan kegemaran ramai itu.

Berdasarkan pemeriksaan, premis tersebut menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk kari kepala ikan.


Bagaimanapun, kita menasihatkan peniaga supaya memaklumkan dengan lebih jelas penandaan harga dari segi saiz kepala ikan.
“Sebagai contoh, berapa harga untuk kari kepala ikan saiz kecil, sederhana dan besar. Penandaan harga lebih khusus ini untuk mengelakkan kekeliruan pengguna,” katanya ketika ditemui mStar Online di premis berkenaan, Rabu.

Pemeriksaan sejak tengah hari Rabu itu melibatkan tujuh pegawai ibu pejabat KPDNKK di Putrajaya dan cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Fredlee berkata, siasatan masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada peniaga kepada Bahagian Penguatkuasa KPDNKK.


Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, untuk mengelakkan masalah itu daripada berlaku.

Pada Selasa, mStar Online melaporkan makan malam dua buah keluarga di sebuah restoran mamak terkenal di Kuala Lumpur, hujung minggu lalu dikejutkan dengan harga kari kepala ikan yang didakwa terlalu mahal.

sumber http://www.mstar.com.my/

Perkhidmaran Kereta Sewa Kuala Perlis Dan Langkawi

Rz Travel & Tours SDN BHD

Service Available
Hotel, Chalet Reservation
Snorkeling, Diving, Fishing
Island Hopping (3 Island)
Payar Island (Marine Park)
Eagle Feeding, Mangrove Tour
Sightseeing Tour (Island Tour)
Coach Boat, Car & Van Rental

T-6N, Bangunan Satelit, Komplek Jetty Point, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman. 
Tel : 04-9665881 Fax : 04-9660424

AAtt 
Al-Aeman Travel & Tours SDN. BHD

Azmer 013-439 9299
Azham 019-449 9299

T-7N, Kaunter Pelancongan Bangunan Satelit, Kompleks Jetty Point, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah.

Telefon Fax 
04-9665299

Email/Website
aemantravel@gmail.com

MRO TRAVEL & TOURS SDN. BHD
Company Reg. No : 353281-K KKKP : 3204

Email : hanifmrp@gmail.com Blog : http://holidayssweet.blogspot.com

Mohd Rashid (Pak Teh) 019-449 8046/017-591 8588
Zarina (Mak Teh) 012-557 6435
Hanif (Bang Chik) 013-350 8430/013-602 3307

Restoran 
HJ. ABD. GHANI HJ. WAN MAN (24 JAM)
No. 35, Depan Kompleks Jeti Baru, 02000 Kuala Perlis, Perlis

HJ. Ghani - 019-422 4496/012-471 6026
Hjh. Farziah - 012-6026

# Perkhidmatan Kereta Sewa
# Menerima Tempahan Jamuan Man Pagi & Tengahari (Rombongan)
# Menerina Tempahan Tiket Ke Langkawi
# Tempahan Hotel & Chalet

Monday, November 20, 2017

Madu Tiruan Jejas Perniagaan

Kewujudan madu tiruan dalam pasaran tempatan diakui menjejaskan lebih 50 peratus pendapatan peniaga madu asli apabila produk mereka turut diragui orang ramai.

Perkara itu diakui anak kepada pemilik Pak Nik Madu Enterprise, Nik Abdul Jabbar Nik Abdul Malek, 23, apabila ramai pelanggan mula mempersoalkan keaslian madunya sejak tahun lalu sehingga ada antara mereka sudah berhenti membelinya.


Nik Abdul Jabbar yang kini membantu perniagaan ayahnya, Nik Abdul Malek Nik Mahmood, 50, yang dibuka sejak 1995, berkata madu asli dan tiruan mempunyai banyak perbezaan jika seseorang itu sudah terbiasa merasai manisan yang asli.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan ramai yang meragui produk madu tualang, perniagaannya mula merosot lebih 50 peratus sejak tahun lalu.


Sunday, November 19, 2017

Harga Dan Spesifikasi Produa MyVi 2018

Perodua bukanlah sebuah nama yang asing di Malaysia, sangat popular dalam kalangan pengguna di sini serta kerap mempelopori kedudukan pertama bagi jumlah jualan kenderaan paling banyak – bukan sekali-sekala, tetapi secara konsisten untuk tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.


Dan, model kereta kompak Perodua Axia menjadi penyumbang terbesar bagi pencapaian dan populariti berkenaan. Bagi sembilan bulan pertama 2017 sahaja, Axia telah mencatatkan angka jualan sebanyak 48,700 unit daripada jumlah keseluruhan 151,600 unit. Ini sudah cukup untuk menunjukkan kepentingan dan keberhasilan model berkenaan kepada syarikat – hampir satu pertiga jualan kesuluruhan adalah dari Axia.

Dan, sebelum kita terlupa, Axia menjadi model pertama yang diperkenalkan sebagai sebahagian daripada rancangan transformasi syarikat itu – ia bukan lagi sebuah model yang berasal dari model sedia ada Daihatsu, ditukarkan lencananya dan kemudian dipasarkan di sini. Bermula dengan Axia, Perodua sudah mengorak langkah baru.

Saturday, November 18, 2017

Cara Bayar Bill Astro Secara Online

Kebanyakan orang sedar tentang kemampuan teknologi sekarang yang berupaya membuat pembayaran secara online. Tapi apa yang peliknya, kenapa masih ramai lagi pengguna yang sanggup beratur untuk membuat pembayaran bil? Bila saya tanya kepada mereka, jawapan mereka ialah mereka tidak tahu cara yang betul atau tidak yakin dengan teknologi ini. Maka, artikel  ini saya hasilkan dengan jelas sekali bagi memberi keyakinan kepada pengguna.
Artikel ini mengambil contoh pembayaran bil kepada Maxis dan menambahkan akaun kepada favourite kerana pembayaran bil adalah secara bulanan. Maka lebih mudah jika kita hanyaperlu masukkan nombor akaun dan “TAC request” sekali sahaja.
Cara menambah “Favourite Payee”



1. Login ke Maybank2u. Account & Banking > Bill payment > Add favourite payee (rujuk gambarKlik “TAC request”. TAC akan dihantar kepada handphone anda. Sementara itu, scroll down “corporation name” untuk cari syarikat yang anda ingin membuat pembayaran. (saya mMenggunakan ASTRO dalam contoh ini). Klik Continue

Permohonan Dan Kemaskini BRIM 2018

Permohonan dan Kemaskini BRIM akan dibuka pada 5 Disember . Di sini adalah beberapa tip berguna agar penerima tidak mengulangi kesilapan yang lazim semasa melaksanakan permohonan dan kemaskini.

1. Kemaskini maklumat peribadi anda walaupun tiada perubahan.


BRIM 2018 memperkenalkan suatu kategori baharu iaitu program eKasih yang menjanjikan pemberian bantuan berjumlah RM1200. Selaku seorang penerima dari tahun sebelumnya, anda wajib membuat kemaskini dengan membekalkan butiran yang terkini untuk menerima jumlah bantuan mengikut kelayakan. Kemaskini penting agar kerajaan dapat mengetahui pemohon masih wujud dan layak menerima BR1M berdasarkan tangga gaji yang terkini.


Misteri Sidratul Muntaha, Pohon di Atas Langit

Sidratul Muntaha merupakan sebuah pohon bidara yang sangat tinggi, tumbuh di langit ke enam dan menjulang hingga langit ke tujuh. Di pohon ini lah Nabi Muhammad bertemu Allah SWT saat menjemput perintah shalat pada peristiwa Isra’ Mi’raj. 

Konon pohon inilah yang menandai akhir dari langit dan menjadi penanda batas dimana makhluk tidak dapat melewatinya. Dinamakan sidratul muntaha (pohon puncak), karena ilmu malaikat puncaknya sampai di sini. Tidak ada yang bisa melewatinya, kecuali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.


Mengenai Sidratul Muntaha, banyak ulama yang menyodorkan berbagai pendapat. Hadist dari Ibnu Abbas (Radi Allah Anhu) mengatakan bahwa beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjelaskan tentang Sidratul Muntaha. 

Nabi Muhammad mendeskripsikan bagaimana perjalalannya ke Sidratul Muntaha yang ditemani oleh Malaikat Jibril. Ia menceritakan bagaimana keadaan Sidratul Muntaha namun tidak bisa menggambarkan keindahannya dengan rinci karena hanya Allah SWT yang maha tahu. Pandangan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak melebihi batas yang diizinkan. Ini menunjukkan bagaimana adab beliau saat menjadi tamu Allah SWT. 

Di sana Nabi Muhammad melihat berbagai kejadian yang luar biasa. Beliau melihat surga, melihat neraka dan melihat kejadian gaib pada malam isra miraj. Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda

Ketika saya dimi’rajkan ke langit ke tujuh, saya diajak ke sidratul muntaha,… ketika pohon ini diliputi perintah Allah, dia berubah. Tidak ada seorangpun manusia yang mampu menggambarkannya, karena sangat indah. (HR. Abu Ya’la Al-Mushili 3450 dan dishahihkan Husain Salim Asad).

Nabi Muhammad SAW menggabarkan sekilas dalam beberapa hadist yang jika dirangkum menyebutkan bahwa Sidratul Muntaha  adalah pohon yang terbuat dari emas seluruhnya. Beberapa dahan yang terbuat dari zamrud,  ada juga yang dari ruby. Dari akarnya keluar dua sungai luar dan dua sungai dalam, Adapun dua yang dalam itu ada di surga sedangkan dua yang di luar itu adalah Nil dan Eufrat. Pohon ini mengukur jarak seratus lima puluh tahun perjalanan dari kaki ke puncaknya. 

Nabi Muhammad SAW juga menggambarkan bahwa daun Sidratul Muntaha menyerupai telinga gajah, dan mereka sangat besar: Satu dahan saja dari mereka akan menutupi seluruh dunia. Buahnya berbentuk seperti kendi air. Seluruh pohon yang ditelan oleh cahaya. Pohon ini dikelilingi dan dipeluk oleh banyak malaikat di atasnya. Malaikat Jibra'il juga memiliki tempatnya pada cabang-cabang pohon ini, dan itu adalah cabang yang terbuat dari zamrud hijau

Selain itu, juga tersembur sebuah pegas di bawah pohon itu. Malaikat Jibril mengatakan kepada Nabi Muhammad SAW bahwa pegas tersebut itu bernama Salsabil. Ini adalah sumber dari dua air,  satu adalah Kawthar (Kelimpahan);    yang lain adalah Rahma (rahmat). Kedua sungai mengalir sebelum gerbang Garden. Musim semi Salsabil adalah sumber dari perairan ini.

Dikatakan pula bahwa Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam telah melihat Allah yang berupa cahaya. Di Sidratul Muntaha ini Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi wa Sallam mendapatkan perintah salat 5 waktu.

Dari beberapa hadist bisa menyimpulkan gambaran Sidratul Muntaha :
Sidratul muntaha bentuknya pohon, layaknya pohon bidara. Sama nama, namun beda hakekat.
Pohon ini berada di atas langit ketujuh.
Pohon ini sangat besar, hingga ketika penunggang kuda hendak melintasi bayang-bayangnya, dia membutuhkan waktu 100 tahun baru bisa sampai ke ujung.
Sidratul muntaha memiliki duan dan buah
Daun sidratul muntaha seperti telinga gajah, dan buahnya seperti kendi yang sangat besar.
Terdapat laron-laron dari emas di sana.
Diliputi dengan perintah Allah, hingga warnanya berubah.
Pohon sidratul muntaha sangat indah, hingga tidak ada manusia yang mampu menggambarkan keindahannya.
Di dekat sidratul muntaha terdapat surga
Deskripsi tentang Sidratul Muntaha dalam hadits-hadits tentang Isra Mi’raj tersebut hanyalah berupa gambaran (metafora) sebatas yang dapat diungkapkan kata-kata. Hakikatnya hanya Allah yang Maha Tahu. Ya Rab, berikan kami kekuatan istiqamah dan masukkan kami ke dalam surga-Mu dengan rahmat-Mu. Aamiin

Jenis-Jenis Dan Cara Pengeluaran Wang KWSP

“Duit dalam KWSP tu boleh ke kita keluarkan masa masih muda ni?”

“Boleh tak?….”

Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.

#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Ada 2 jenis pengeluaran:

Pengeluaran Penuh Akaun 2
Pengeluaran Sebahagian Akaun 2
Cara-caranya:

Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun


Ada 4 jenis pengeluaran:

Kesemua Simpanan
Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan
Cara-caranya:

Perbaharui Roatax Insuran Kereta Di MyEG

Kenapa perlu tahu cara renew roadtax insuran kereta di MyEG? Setiap tahun aku memang renew roadtax di MyEG sebab urusannya senang. Kalau dulu sebelum aku kenal MyEG, setiap nak perbaharui roadtax mesti aku kalut nak cari Cover Note Insurans tahun sebelumnya.

Camtulah setiap kali kalau nak renew roadtax ni walaupun setiap tahun aku yang buat tapi setiap kali tu lah aku lupa mana aku simpan cover note.

Nampak sangat la kan pengurusan fail yang tak tersusun.

perbaharui cukai jalan di MYEG
Renew roadtax lebih mudah di MYeG
Jadi nak dijadikan cerita, kawan aku Amin Jamil pernah bagitau aku untuk renew roadtax kat MyEG. Senang katanya tak perlu nak cari cover note insurans lama.

Cuma perlu geran kereta / motor je. Itupun kalau takde takpe asalkan ada nombor chassis  dan nombor enjin kereta. Semua dibuat hanya kat depan komputer. Serius senang beb!

CARA RENEW ROADTAX INSURANS KERETA DI MYEG PALING SENANG


1. Pertama sekali Login di www.myeg.com.my, kalau belum ada akaun daftarlah satu ye.
renew roadtax di JPJ
2. Klik pada logo / icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
pilih auto insurance renewal
3. Pilih menu “Auto Insurance Renewal”
baca juga : Cara dapatkan semua roadtax kalau dah hilang

Belajar Bahasa Arab Dengan Mudah

Belajar bahasa Arab memang sangat penting, terutama bagi Anda yang sedang memperdalam ilmu-ilmu agama Islam, seperti Ilmu Tafsir, Hadits, Fiqih, Qiroat dan lain-lain. Belajar bahasa Arab itu tidak lepas dari belajar Nahwu dan Shorof. Khususnya belajar bahasa Arab untuk pemula, Anda harus menguasai bahasa Arab dasar, percakapan bahasa Arab dan mufrodat terjemahan bahasa Arab dengan baik dan benar.

Sebenarnya sangat mudah untuk belajar bahasa Arab bagi pemula. Sudah banyak sekali media yang menyediakan belajar bahasa Arab secara intensif. Misalnya Anda dapat mengikuti khursus bahasa Arab, belajar melalui visual seperti youtube atau bisa juga menggunakan aplikasi android seperti Ttalk dan lain-lain.

Setidaknya ada beberapa materi yang harus benar-benar dipahami bagi pemula, sebagai pondasi dasar untuk belajar bahasa Arab dengan mudah dan cepat. Selain itu juga ada cara atau trik agar belajar bahasa Arab menjadi lebih menyenangkan.

Berikut ini beberapat trik agar belajar bahasa Arab menjadi lebih mudah dan menyenangkan:

Resepi Ayam Goreng KFC

resepi ayam goreng ala KFC memang menjadi favourite saya sekeluarga sebab penyedianya sangatlah mudah dan cepat. masakan ini berasal dari restoren makanan segera yang dipanggil KFC (Kentucky Fried Chicken).

ayam goreng KFC juga boleh bonda buat sendiri di rumah dan bila bonda tahu cara membuatnya dengan betul pasti rasanya tidak kalah sedap dengan KFC yang dijual di restoren.
Resepi Ayam Goreng KFC 

Resepi Ayam KFC Rangup


ramai orang suka dengan daging ayam yang digoreng dengan disadur adunan tepung dan sejak saya expert buat ayam ala KFC ini, kami sekeluarga tak pergi ke KFC dah. pasti bonda ingin tahu kan? jom kita lawan resepi dibawah.

Resepi Ayam Goreng Berempah

 Anak-anak paling suka memang makan ayam goreng, lebih lagi ayam goreng berempah. Kalau tak ada lauk ayam, rasa tak nak makan. Beza zaman dulu beza sekarang. Kalau dulu susah nak makan ayam, sekarang susah kalau tak makan ayam. Pada kesempatan sebelumnya saya sudah bahas pelbagai macam resepi ayam, kini saya mau bahas ayam goreng berempah yang tak kalah sedapnya. Bila sudah buat ayam ni, rasa terliur cium baunya tu.

resepi ayam goreng berempah

Kita sudah tak asing lagi sama KFC. Kalau KFC ada resepi rahsia, disini kita juga boleh buat resepi ayam goreng berempah yang tak kalah enak sama KFC. Cuba tengok gambar tu, tak perlu kuah lagi. Tinggal gaul sama nasi panas pun dah cukup sedap. Sudah ada nasi putih dan ayam goreng, lauk lain pun tak terpandang. Ayam goreng macam ni sampai part tulang-tulang pun habis dimakan. Tinggal bahagian yang keras macam batu sahaja yang tak habis. Oke jom kita tengok resepi ayam goreng berempah rangup yang sedap dan simple.

Cara Download Video Youtube

Seperti yang kita tahu bahwa Youtube merupakan situs berbagi video yang saat ini kian meroket kepopulerannya. Youtube ini didirikan oleh mantan karyawan Paypal yaitu Jawed Karim, Chad hurley dan Steve Chan.

Dengan adanya Youtube ini, kita bisa menonton, mengunggah bahkan mendownload berbagai macam video yang ada disana.

Banyak orang yang ingin mendownload video yang mereka tonton di Youtube. Tetapi, sebagian dari mereka masih belum bisa bagaimana cara mendownload video di Youtube. Nah, pada artikel tutorial kali ini, saya akan berbagi bagaimana sih cara mendownload video di youtube.

Cara download video di Youtube

Sebenarnya ada banyak cara yang bisa anda coba untuk mendownload video dari Youtube. Tetapi, beberapa cara yang saya sebutkan dibawah merupakan cara yang paling mudah dan cocok untuk anda yang masih belum bisa bagaimana cara download video di Youtube dengan cepat dan mudah.

Kisah Seram Gunung Stong

Kali ini, kisahseram.com akan berkongsi sebuah kisah seram penuh misteri yang telah dikongsikan oleh salah seorang peserta Ekspedisi Gunung Stong. Sumber asal cerita ini adalah dari blog ceritadarikawan dan ianya merupakan sebuah kisah benar yang dialami oleh peserta ekspedisi itu sendiri. Agak menarik juga perkongsian kisah seram beliau yang berlaku di Gunung Stong ini. Mari kita baca! Gunung Stong terletak di hutan Jelawang di negeri Kelantan. Bercerita tentang Gunung Stong, aku teringat kembali kisah misteri yang pernah berlaku kira-kira lima tahun yang lalu semasa aku mengikuti ekspedisi Rakan Muda ke Gunung Stong. 


Kami sampai ke tapak perkhemahan pada jam 8:00 malam. Setelah selesai mendirikan khemah, masing-masing membersihkan diri. Ada yang mandi di bilik air yang disediakan dan ada yang mandi di sungai yang berdekatan. Aku tidak berani turun ke sungai kerana keadaan cuaca yang gelap. Ketika itu aku sudah merasa seram-sejuk seolah-olah ada sesuatu yang memerhatikan gerak-geri kami. Masing-masing membuat aktiviti sendiri selepas makan malam. Waktu ini, aku mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan ahli-ahli ekspedisi yang lain. 

Tempat Paling Seram Di Malaysia

Berwaspada di 29 lokasi keras di sekeliling kamu. Didedahkan oleh Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham, bercerita mengenai lokasi keras yang pernah di jumpainya. Antara lokasi TOP, di Kuala Lumpur, yg di kenal pasti sbg sarang lokasi hantoo.


Menurut Jamie, lokasi yang disenaraikan, mempunyai story tersendiri yang terjadi kepada mangsa kejadian.Kekerapan kejadian dikaitkan juga dngan peristiwa semasa terutama menjelang hari hari perayaan.

Menurut polis pula, menjelang perayaan,pihak berkuasa akan menghebahkan kepada orang ramai mengenai lokasi2 maut di seluruh negara yang sering mengundang kemalangan jalanraya sebagai tanda peringatan agar pengguna jln raya berhati2.

Cara Belajar Solat

PANDUAN LENGKAP SEMBAHYANG

Berwudhu

Yang praktis dan mencukupi
Yang sebaik-baiknya
Hikmah-hikmahnya


Cara atau jalan untuk membina mental dan rohani sungguh banyak sekali. Jalan yang pasti ialah mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mengekalkannya yang disebut sebagai ibadah. Salah satu mata rantai ibadah itu adalah Wudhu'.

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

Di dalam entri saya berkenan dengan resepi Ikan Patin Masak Tempoyak cara Pahang, di SINI, saya telah menerima banyak komen dari pembaca blog saya terutama dari Temerloh dan Kuala Lipis, berhubung dengan resepi asli yang hanya menggunakan 5 bahan asas sahaja. Dikatakan juga  keenakan gulai tempoyak sebenarnya terletak pada tempoyaknya, cukup masam tempoyak sedaplah gulainya.


Saya mula belajar makan Masak Tempoyak hanya selepas berkahwin. Hubby sangat gemarkan masakan tempoyak. Maklum orang Perak lah katakan. Arwah Bonda Mertua biasanya banyak menggunakan ikan kembung atau ikan terubuk sahaja. Jarang sekali memasak menggunakan ikan sungai. Di dalamnya, diletakkan juga timun atau taugeh yang berkepala besar tu. Kadang kadang diletakkan serai tapi tak pernah pulak melihat daun kesum atau kantan dimasukkan. 

Cara Buat Resume Memohon Kerja

Contoh Resume Kerja Terbaik dan lengkap untuk  pencari kerja. Apa itu resume? Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profile diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman anda. Penyediaan resume yang baik sememangnya amat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.

Contoh

Jangan terkejut jika resume lah menjadi punca anda gagal dipanggil ke temuduga atau mendapat kerja. Sama ada anda sedar atau tidak kesilapan dalam menulis resume menjadi punca resume anda ditolak mentah-­mentah

Terdapat banyak contoh resume bahasa Inggeris atau contoh resume bahasa melayu yang boles anda cari di internet/google.  Admin nak berkongsi sikit tentang sedikit format contoh resume lengkap atau antara contoh resume terbaik untuk pencari kerja dalam usaha mengisi jawatan kosong di sesuatu company.

Panduan Permohonan Kerja Di SPA Online

Pendaftaran SPA8i Jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Perhatian dan panduan buat mereka yang sedang mencari jawatan kosong di Sektor Awam. Permohonan online SPA melalui borang SPA8i bagi calon lepasan SPM dan yang setaraf. Bagi calon yang baru sahaja menamatkan peperiksaan awam SPM, anda digalakkan supaya memohon secara online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melalui borang SPA8i bagi Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam. 


Nak lulus cemerlang Peperiksaan SPA online - Klik Buku Panduan SPA 
Permohonan Borang SPA8i Online Lepasan SPM
Berikut dikongsikan cara membuat permohonan atau pendaftaran Borang SPA8i. Untuk mendapatkan borang SPA8i secara online, sila KLIK DISINI
Borang SPA8i online

Perbandingan Minyak Petrol

Memandangkan harini aku takde KERJA sangat (kerja abis,elak ngantuk), aku buat research sikit pasal MINYAK Petrol.. yg pakai DIESEL atau kreta Letrik, maaf ye… harap BERMANFAAT.. Agak panjang, tp berbaloi kut..!!


Siapa yang INGIN tahu & INGIN JIMAT dari segi isian, mileage, maintenance, performance, sila baca. Jika tidak, isi je minyak yg awak suka.. Again, ni bukan promosi etc, skadar info khidmat masyarakat dari aku 🙂

SOALAN biasa ditanya :

Petrol BRAND apa paling JIMAT (RM per Kilometer)?
Petrol mana paling POWER (acceleration) ?
Petrol 95 & 97 ada beza ka?
Ada orang kata 97 tu bagus dan jimat/boleh pergi jauh lagi.?
Fikirkan kembali. Ambil contoh research pada 2 kajian & review (dari pengguna biasa) dia bawah. Kajian tahun 2010 & 2011, tapi masih boleh digunapakai sbb tak banyak teknologi petrol berubah dalam 5 tahun kebelakangan ni.

Petua Awet Muda

Biar tua mengejar kita. Senjatanya ada pada rangkuman petua yang ingin kami kongsikan bersama kalian. Selamat mencuba.


PELBAGAI ritual atau amalan yang lazim didengari hanya semata-mata untuk  kelihatan awet muda. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad juga punya amalan tersendiri menjalani kehidupan sihat ketika usianya telah mencecah 85 tahun.

Tips Cara Mendapatkan Anak Kembar

Jika anda salah seorang daripada ibu yang sedang mengandung anak kembar, tahniah!. Tidak ramai sebenarnya yang dapat merasai sepasang bayi di dalam kandungan. Ada yang kata anak kembar ni semuanya kita dapat rasakan berganda, termasuk kesakitan waktu bersalin.


CEMBURU DENGAN ORANG YANG DAPAT ANAK KEMBAR?

Kenapa perlu cemburu? Itu rezeki masing-masing yang telah ditetapkan Allah. Ada yang dapat anak kembar perempuan, ada pula yang dapat anak kembar lelaki. Yang lebih menarik, dapat sepasang anak lelaki dan perempuan. Bersalin pula, sekali sahaja!