Saturday, November 18, 2017

Cara Buat Resume Memohon Kerja

Contoh Resume Kerja Terbaik dan lengkap untuk  pencari kerja. Apa itu resume? Resume adalah satu dokumen ringkas namun padat yang menggambarkan profile diri, pendidikan, kelayakan profesional serta pengalaman anda. Penyediaan resume yang baik sememangnya amat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.

Contoh

Jangan terkejut jika resume lah menjadi punca anda gagal dipanggil ke temuduga atau mendapat kerja. Sama ada anda sedar atau tidak kesilapan dalam menulis resume menjadi punca resume anda ditolak mentah-­mentah

Terdapat banyak contoh resume bahasa Inggeris atau contoh resume bahasa melayu yang boles anda cari di internet/google.  Admin nak berkongsi sikit tentang sedikit format contoh resume lengkap atau antara contoh resume terbaik untuk pencari kerja dalam usaha mengisi jawatan kosong di sesuatu company.


APA  YANG  PENTING  DAN  WAJIB  DALAM RESUME KERJA TERBAIK DAN LENGKAP?

Personal Summary

Nama Penuh Pemohon
Jantina
Alamat
IC Number
Gambar Saiz Pasport
No. Telefon & Email
Status (Single/Married)
Career Objective (Optional)

Letakan objektif dan matlamat kerjaya anda secara general.
Education Background

Letak kelayakan yang tertinggi di atas. Contohnya kalau ada degree dan diploma, letak Degree terlebih dahulu.
Degree
Diploma
STPM
Sijil
SPM
PT3/PMR/SRP
Begitu juga kalau anda mempunyai kelayakan Master dan PHD, letakan kelayakan tertinggi di atas.
Pemohon kerja tidak perlu meletakan semua kelayakan, contohnya kalau kelayakan tertinggi pemohon ialah Diploma, pemohon boleh senaraikan sehingga SPM.
Recommend: Minimum tiga kelayakan tertinggi kecuali diminta dalam vacancy yang dipohon.
Working Experiences

Senaraikan mengikut pengalaman bekerja yang paling baharu.
Jika Pemohon ialah Fresh graduate, pemohon boleh menyenaraikan pengalaman ketika menjalani Industrial Training/Practical/Internship semasa belajar dahulu.
Extra-Curricular Activities

Senaraikan persatuan/kelab yang pernah anda sertai serta jawatan.
Senaraikan kalau anda pernah mewakili sekolah, kolej, universiti, daerah, bahagian, negeri, negara dalam mana-mana aktiviti.
Skills

Senaraikan skill atau kemahiran yang anda ada. Contoh: Microsoft Word/Excel/Power Point, AutoCAD, Multisim etc
Anda juga boleh senaraikan kursus kemahiran yang pernah ambil. Language Skill:  English, Malay, Mandarin, Tamil, Japanese, Iban, Dusun, Bidayuh, Kenyah etc
Award and Honours (optional)

Nyatakan anugerah yang pernah anda terima. Contoh: Anugerah Dekan, Pelajar Terbaik, Pekerja Terbaik, etc
Expected Salary (Optional)

Bahagian ini walaupun nampak simple, tapi sebenarnya agak sukar untuk letak value expected salary.
Tips untuk isi bahagian expected salary ini ialah sebaik-baiknya isi kalau perlu sahaja untuk resume dan tips kalau ditanya ketika interview ialah berikan dalam julat (Example: RM1500-RM1800).
References

Letakan seboleh-bolehnya dua orang yang boleh dihubungi untuk rujukan, biasanya Bos/Supervisor tempat kerja anda terdahulu beserta dengan nombor telefon pejabat.
Bagi Fresh Graduate, anda boleh letak nama Pensyarah anda beserta dengan nombor telefon (pejabat)
Tips Contoh Resume Kerja Lengkap dan Terbaik

Contoh resume kerja terbaik sebaik-baiknya menggunakan Bahasa Inggeris dan detail yang lengkap.
Sila buat resume anda dengan sebaik yang boleh sebab resume lengkap dan terbaik akan meningkatkan lagi peluang anda dipanggil untuk Interview.
Resume dan cover letter yang lengkap sangat penting jika anda memohon pekerjaan secara online untuk mendapatkan peluang ditemuduga.
Fresh Graduate yang mempunyai grade pointer (CGPA) yang rendah tetapi mempunyai resume yang lengkap dan terbaik boleh menarik perhatian para majikan untuk mengambil bekerja berbanding dengan fresh graduate yang mempunyai pointer lebih tinggi tetapi resume kurang menarik perhatian majikan.

Buat resume kerja dengan ringkas tapi padat. Pemohon kerja digalakan untuk membuat resume kerja maksimum 2 page kecuali anda sudah mempunyai banyak experiences dan related skills.
Akhir kata, perlu diingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang menghantar resume tetapi anda perlu bersaing dengan ramai lagi pencari kerja yang berminat dengan jawatan yang anda mohon.

Jadi, tulislah resume dengan sebaik mungkin dan tekankan kelebihan anda dan kenapa majikan perlu memilih anda dan bukan orang lain. Semoga panduan penulisan resume ini dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diidamkan.

2 comments:

  1. Countries were design to bound the majority of a system according to their choice in a country in which everyone of the same kind of believer was used and visit website to live in a social system.

    ReplyDelete
  2. getfreeeshopcodes.com established by your controlling purpose. You must insure that your readers will be able to follow the organization and easily make sense of it.

    ReplyDelete