Sunday, December 17, 2017

Kes Bunuh Dan BMW Langgar Di Shell JB

Seorang lelaki berusia 30-an maut selepas ditikam dan dilanggar sekumpulan empat lelaki menaiki kereta jenis BMW dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini sebentar tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kejadian berlaku pukul 7.30 malam ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang mendakwa isteri mangsa sedang mengisi angin tayar kereta Volkswagen dinaiki mereka di stesen berkenaan.

“Secara tiba-tiba datang suspek dipercayai seramai empat orang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka, namun mangsa yang bergelut berjaya meloloskan diri.


“Suspek kemudian bertindak melanggar mangsa sebelum mengundur dan melanggar mangsa sekali lagi sebelum melarikan diri,” katanya ditemui di lokasi kejadian di sini.


Sunday, December 3, 2017

Video Pukul Jurujual Wanita Jadi Viral

Seorang jurujual wanita cedera dan mengalami pendarahan di hidung akibat diserang jurujual lelaki yang tidak berpuas hati kerana disindir oleh mangsa. 



Dalam kejadian yang berlaku pada jam lebih kurang 11.12 pagi tadi di sebuah pusat beli di Karamunsing, Sabah, mangsa dipukul dan kepalanya dihentak dengan lutut kaki lelaki berkenaan. 

Menurut sumber yang memuat gambar suspek dan video kejadian itu berkata, pihaknya sedang mencari lelaki terbabit dan meminta orang ramai yang mengetahui di mana lelaki itu berada, tampil memberikan maklumat. 

Friday, December 1, 2017

Alif Satar Usung Jenazah Di Mekah

Rasa seronok bila lihat rakan dan ahli keluarga dapat menunaikan ibadah haji atau umrah di Mekah. Mekah merupakan destinasi impian pada setiap orang Muslim dalam dunia. Selepas Fattah Amin dan Fazura menunaikan umrah, kini giliran pelakon serta penyanyi terkenal Alif Satar berpeluang untuk ke Mekah.


Ketika berada di sana, Alif berkongsi video di Instagram dimana dia bersama individu lain mengangkat jenazah. Menurut orang ramai yang pernah ke Mekah, tidak semua orang berpeluang untuk mengangkat jenazah di sana. Ramai juga yang tersentuh bila lihat video yang dikongsikan Alif ini.

KISAH SEJARAH SEBAB TERCIPTANYA Babi Di Zaman Nabi NUH

Kisah asal mula diciptakan nya babi dan tikus, ini kami ambil dari sebuah buku yang berjudul “Kisah Penciptaan & Tokoh-Tokoh Sepanjang Zaman” yang merupakan karya tulisan Syaikh Muhammad Bin Ahmad Bin Iyas.


 Diriwayat, ketika kotoran binatang telah memenuhhi bahtera Nabi Nuh a.s, para penumpang bahtera mengadukan nya kepada Nabi Nuh. Atas pengaduan itu, Allah memberi wahyu kepada Nuh a.s. agar memeras ekor gajah.

Setelah dia memeras-meras nya, dari sana muncul babi jantan dan babi betina yang kemudian memakan kotoran-kotoran yang menumpuk di bahtera. Kemudian ketika babi itu bersin, dari bersin nya Allah menciptakan tikus jantan dan tikus betina. Keduanya berkembang biak dan kawanan tikus itu mulai menggit merosakkan kayu-kayu di bahtera.

Hal itu diadukan oleh penghuni bahtera. Atas pengaduan itu, Nuh menerjunkan kawanan kucing berbuntut untuk menguasai kawanan tikus. Kawanan kucing memangsa tikus dengan cepat hingga memusnahkan tikus yang terakhir. Dan sejak saat itu terjadilah permusuhan antara kucing dan tikus.