Saturday, November 18, 2017

Perbaharui Roatax Insuran Kereta Di MyEG

Kenapa perlu tahu cara renew roadtax insuran kereta di MyEG? Setiap tahun aku memang renew roadtax di MyEG sebab urusannya senang. Kalau dulu sebelum aku kenal MyEG, setiap nak perbaharui roadtax mesti aku kalut nak cari Cover Note Insurans tahun sebelumnya.

Camtulah setiap kali kalau nak renew roadtax ni walaupun setiap tahun aku yang buat tapi setiap kali tu lah aku lupa mana aku simpan cover note.

Nampak sangat la kan pengurusan fail yang tak tersusun.

perbaharui cukai jalan di MYEG
Renew roadtax lebih mudah di MYeG
Jadi nak dijadikan cerita, kawan aku Amin Jamil pernah bagitau aku untuk renew roadtax kat MyEG. Senang katanya tak perlu nak cari cover note insurans lama.

Cuma perlu geran kereta / motor je. Itupun kalau takde takpe asalkan ada nombor chassis  dan nombor enjin kereta. Semua dibuat hanya kat depan komputer. Serius senang beb!

CARA RENEW ROADTAX INSURANS KERETA DI MYEG PALING SENANG


1. Pertama sekali Login di www.myeg.com.my, kalau belum ada akaun daftarlah satu ye.
renew roadtax di JPJ
2. Klik pada logo / icon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
pilih auto insurance renewal
3. Pilih menu “Auto Insurance Renewal”
baca juga : Cara dapatkan semua roadtax kalau dah hilang



Pilih insuran yang anda biasa guna.
4. Pilih insuran yang korang nak guna. Isi maklumat yang diperlukan oleh insuran ini seperti biasa dan buat pembayaran.


Selepas korang siap isi semua maklumat yang diperlukan, terus buat pembayaran secara online. Siap je bayar online tu terus e-cover note akan dihantar pada email korang. Dah boleh terus ke pejabat pos untuk buat roadtax kereta pulak.


Korang tak perlu bawak pun e-cover note ni ke pejabat pos, apa yang korang perlu bawak adalah geran kereta. Untuk kes aku, aku just perlu bayar RM22 untuk roadtax kereta viva.

Banyak kegunaan MyEG ni selain boleh perbaharui insuran kereta secara online, korang juga boleh cek saman kat menu Polis Diraja Malaysia tu.Cakap pasal cek saman, korang tau tak korang boleh cek dan bayar saman polis  kat mesin ATM?

No comments:

Post a Comment