Sunday, November 26, 2017

Cara-Cara Setting Modem Streamyx TM

Jika anda pengguna streamyx, kami pasti  anda dibekalkan modem dari TM dengan jaminan selama 1 tahun, tahukah anda komponen elektronik mempunyai jangka hayat begitu juga dengan modem streamyx anda.


Maka ianya akan rosak mungkin terkena kilat atau sudah sampai masanya, tanda modem anda rosak iaitu wifi anda tidak terhubung atau salah satu port lan pada modem anda tidak berfungsi atau modem anda terus tidak menyala kesemua LED.

Artikel kali ini kami di Monaliza Mastura akan memberitahu anda secara ringkas bagaimana melakukan setting atau tetapan pada modem yang anda baru beli, modem yang kami gunakan iaitu D-Link dan pastikan ianya modem router.



LANGKAH 1 :
Anda perlu on terlebih dahulu modem dan pastikan kesemua lampu pada modem menyala, pastikan kesemua cable pada modem sudah dipasang.


cara setting modem streamyx monaliza mastura

LANGKAH 2 :
Jika kesemua lampu pada modem menyala dan anda telah menghubungkan cable lan ( local area network ) pada modem ke komputer anda, seterusnya buka browser ( pelayar ) sama ada internet explorer/mozilla firefox/google chrome atau lain-lain.


LANGKAH 3 :
Taip ip address/default gateway 192.168.1.1 pada address bar pada pelayar maka akan keluar satu pop up atau panel dimana meminta anda memasukkan username dan passsword, secara default masukkan username : admin dan passsword : admin .

panel setting modem dlink monaliza mastura

LANGKAH 4 :
Anda akan dibawa ke halaman baru, seterusnya klik menu button ” Setup Wizard @ Quick Setup ” bergantung kepada jenis modem, bagi modem jenis D-Link anda perlu klik menu button ” Setup Wizard ” , klik button next sebanyak 3 kali.

LANGKAH 5 :
Anda diminta untuk mengisi maklumat seperti dibawah:
Country : Malaysia
ISP : Streamyx (Telecom Malaysia – PPP0E)
Protocol : PPP0E
Encapsulation Mode : LLC
VPI : 0
VCI : 35

Username : nama_akaun@streamyx ( Anda boleh mendapatkan dari pihak TM )
Password : (Anda boleh mendapatkan katalaluan dari pihak TM)

LANGKAH 6 :
Setelah langkah diatas selesai klik button next dan anda akan dibawa ke halaman tetapan wireless, masukkan nama wifi anda pada bahagiaan ” Wireless Network Name ( SSID ) ” untuk tujuan keselamatan agar pengguna lain tidak dapat menggunakan internet anda, anda perlu memilih security mode WPA-PSK , masukkan password anda ( pastikan anda ingat katalaluan tersebut  ), selepas setting bagi wireless anda hanya tekan button next.

LANGKAH 7 :
Setelah selesai,klik pada butang restart ( jika username dan password anda betul maka lampu pada modem “Internet ” akan menyala dan anda boleh melayari internet.

2 comments: