Friday, November 24, 2017

Samun Industri Kecil Sederhana (IKS) Rumbia,Lebuh Alor Gajah-Melaka

Dua gadis pekerja kedai serbaneka berdepan dengan detik cemas apabila disamun dua lelaki di Kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) Rumbia,Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian lebih kurang jam 8.50 malam, mangsa seorang juruwang, Norfazilah Nasaruddin,19 dan pengurus cawangan kedai berkenaan, Nursyakila Yaakop, 25, didatangi dua lelaki yang tidak dikenali dan menutup muka menggunakan topeng mesin rumput.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, A. Asmadi berkata, suspek yang bersenjatakan sebilah pisau dan sebatang besi tajam kemudian melulu ke arah Norfazilah dan mengacukan pisau di perut mangsa dalam masa sama mengarahkan Nursyakila membuka mesin wang.
"Salah seorang mangsa kemudian menyerahkan wang tunai sebanyak RM970 sebelum kedua-dua mereka bergegas keluar dari premis itu.



https://www.facebook.com/SultanMelakaSeason1/videos/1659628037422669/ ⬅ Video 

"Bagaimanapun pisau yang digunakan salah seorang suspek dipercayai terjatuh di atas lantai dan tertinggal sebelum kedua-duanya melarikan diri menaiki sebuah kereta dipercayai jenis Honda City berwarna silver," katanya.

Tambahnya, polis dalam usaha memburu kedua-dua mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di premis tersebut serta tiga cap jari yang dijumpai di bahagian kaunter mesin wang.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan dan bersenjata dan orang ramai diminta memberi kerjasama sekiranya mengenali suspek dengan menghubungi pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah Inspektor Yusairi di talian 06-5562222 atau 0193894670.

"Kita meminta orang ramai yang mengenali suspek dan mempunyai maklumat berkaitan kes ini dapat membantu menyalurkan maklumat termasuk menghubungi balai polis berhampiran," katanya.

No comments:

Post a Comment