Thursday, November 30, 2017

Gadis Dari Sabah Muka Seiras Selena Gomez

Jika sebut saja nama Selena Gomez, pasti anda semua kenal kan? Siapa je tak kenal artis terkemuka Hollywood yang mempunyai wajah cantik dan ayu itu.
Bdf8Image via GIPHY
Selena Gomez juga merupakan individu yang paling ramai followers di Instagram dengan 116 juta pengikut! Buat masa sekarang, tak ada siapa boleh kalahkan.


Tapi cerita ini bukanlah tentang Selena tetapi tentang kembarnya yang berasal dari Sabah. Sekali pandang, memang boleh silap sebab sama betul!
0812Image via Instagram @phanthegerow

Gadis yang mempunyai wajah persis Selena Gomez ini dikenali dengan nama Phan atau nama sebenarnya Phanthegerow Estrop. Phan yang berusia 19 tahun ini berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah dan mempunyai darah kacukan Belanda dan Kadazan Dusun. Tak hairanlah mengapa wajahnya kelihatan seperti ala-ala perempuan Belanda.

Phan telah pun mendapat perhatian daripada orang ramai setelah gambar wajahnya yang seakan-akan Selena Gomez itu dimuat naik ke dalam laman sosial sejak tahun lalu lagi.

Amacam, sebijik tak?



Nak jadikan cerita, Phan yang juga dikenali dengan nama Isabella Johan ini sebenarnya memang seorang peminat tegar Selena Gomez
55bcImage via instagram @phanthegerow
Dalam temubual beliau bersama majalah Glam Lelaki, Phan memberitahu bahawa beliau meminati Selena Gomez kerana sikapnya yang sentiasa merendah diri.

Phan juga amat gemar mendengar lagu-lagu Selena Gomez dan turut menjadikan lagu 'Kill em with Kindness' sebagai salah satu lagu kegemarannya.


Bagi Phan, mempunyai wajah yang mirip dengan seorang selebriti terkenal merupakan satu pemberian dan juga satu 'sumpahan' buat dirinya
65c8Image via Instagram @phanthegerow

"Pada mulanya, teman-teman sekolahlah yang mula perasan wajah saya seakan Selena, dan ada juga yang memanggil saya dengan gelaran 'Selena Gomez Malaysia'. Saya akui perasaan gembira and bangga itu memang ada dan saya amat bersyukur atas pemberian ini. Ia adalah satu kurniaan istimewa dari Tuhan. 

"Namun, bagi saya ia juga merupakan satu curse atau sumpahan kerana orang ramai akan lebih mengenali saya sebagai orang lain (Selena Gomez), dan bukan diri saya yang sebenarnya. Saya ingin dikenali dengan mempunyai identiti tersendiri dan enggan dibandingkan dengan sesiapa," katanya.

 glamlelaki.my
Siapa sangka, wajah cantik persis Selena Gomez yang dimiliki Phan ini membuka jalan untuk beliau terjun ke dalam industri lakonan
C18eImage via Instagram @phanthegerow

Baru-baru ini, Phan telah ditawarkan berlakon dalam filem tempatan berjudul 'Tangisan Akinabalu' arahan Dato' Jurey Rosli, terbitan syarikat New Line Sdn Bhd. Menurut Phan, beliau bakal beraksi bersama pelakon tempatan terkenal yang lain dalam filem tersebut.

"Saya memang tak pernah sangka peluang ini akan datang namun saya berasa amat bertuah kerana diberikan peluang untuk terjun dalam bidang seni lakonan. Secara jujurnya, saya amat meminati dunia lakonan dan peluang yang hadir adalah satu peluang keemasan apabila dipilih dan diberi kepercayaan menjadi sebagai pelakon utama filem Tangisan Akinabalu," kata Phan lagi dalam temubual bersama Glam Lelaki.

Sejujurnya, muka Phan tidaklah 100% sama dengan Selena. Tapi, gambar di bawah ini menunjukkan beberapa wajah kedua mereka yang kelihatan sangat serupa!
5565Image via SAYS
65e0Image via The Coverage
Ffd5Image via SAYS

Oh, kalau korang nak tahu, Phan pernah memenangi pertandingan Female Icon Sabah pada tahun 2015 dan memenangi pertandingan runway dua kali berturut-turut sewaktu di bangku sekolah.

Memang sama kan? Kalau anda tak percaya, stalk lah Instagram Phan dan lihatlah sendiri ya!

Dari Say.com

No comments:

Post a Comment